Gaya Barat Emotikon

Lazimnya, emotikon gaya Barat ditulis dari kiri ke kanan, iaitu arah yang dibaca dan ditulis dalam kebanyakan budaya Barat. Maka, anda akan sering melihat mata di kiri, diikuti hidng dan mulut. Untuk mengecamnya dengan lebih mudah, sengetkan kepala anda ke arah bahu kiri anda (atau, kadang-kadang, ke bahu kanan anda jika bahagian "atas" emotikon menghadap ke kanan).

Contoh am

Berikut adalah senarai emotikon yang paling kerap dijumpai. Seperti yang dipaparkan di sini, kesemua emotikon ini mengikut bentuk yang amat konsisten, tetapi setiap satunya boleh diubah dengan memusingnya, menggugurkan tanda sengkang, dan lain-lain (lihat Variasi di bawah). Senarai-senarai lebih koprehensif boleh ditemui di Pautan luar di bawah.

:-) atau :) : Senyum atau Gembira:-( atau :( : Sedih:-D atau :D : Senyum dengan mulut terbuka - sering menandakan gelak ketawa:-p atau :p : Senyum dengan lidah terkeluar - menandakan ekspresi bergurau:-S atau :S : Keliru:-/ atau :/ atau :-\ atau :\ : Termangu-mangu

Variasi

Kebolehan mereka emotikon tidak terhingga kerana kepandaian orang mereka dan mentafsirkan imej sebagai wajah. Lihat seni ASCII.

Tanda persamaan sering digunakan untuk melukis mata di tempat tanda titik bertindih, tanpa menukar erti emotikon itu. Dalam pada ini, tanda sengkang selalunya digugurkan, atau kadang-kala diganti dengan huruf 'o' seperti =O). Dewasa ini, pengguguran tanda sengkang kerap sekali, sama ada tanda titik bertindih atau persamaan digunakan untuk mata . Secara amnya, aksara-aksara yang serupa bentukya juga sering mengganti satu sama lain: contohnya, o, O, dan 0 boleh saling ditukar ganti, kadang-kala untuk kesan yang sedikit berbeza pada maksudnya.

Sebilangan kecil pengguna memusingkan emotikon, lalu membentuk emotikon "kidal" (: Emotikon kidal ini kadang-kala menyebabkan kemusykilan kerana sebilangan ketagih Internet sering menggugurkan : yang menandakan mata [maka tinggalnya ) dan bukan :)[perlu rujukan]] jadi apa yang dimaksudkan sebagai senyuman mungkin ditafsirkan sebagai wajah sedih.

Sesetengah variasi juga kerap dijumpai di negara-negara tertentu atas sebab-sebab seperti susun atur papan kekunci, conthonya: emotikon =) kerap ditemui di Skandinavia dan Finland di mana kekunci = dan ) terletak berdekatan satu sama lain dan kedua-duanya memerlukan kekunci shift.

Terdapat juga penggunaan tanda umlaut untuk emgnhasilkan emotikon yang tidak dipusing ke sebelah. Contoh, Ö ialah versi tegak bagi :O (rasa terperanjat).

XD (gelak ketawa) barangkali menjadi laris di Internet tidak lama selepas muncul dalam rancangan animasi South Park, dihuraikan sebagai emotikon yang serupa kepada kaedah animasi yang digunakan apabila seseorang watak kuat bergelak dengan mata tertutup (X menandakan matanya).

Emotikon postur

orz (kadang-kala dipaparkan sebagai OTL, Or2, On_, OTZ, O7Z, Sto, Jto, _no, _| ̄|○) mencetuskan satu subbudaya pada akhir 2004. Emotikon ini menggambarkan seorang yang menhadap ke kiri, kepalanya menghadap ke bawah, dan berlutut pada lantai: "o" menandakan kepala, "r" menandkan lengan dan badan manakala "z" menandakan kaki. Sungguhpun piktograf ini sering digunakan untuk menandakan kegagalan atau putus asa, namun ada pengguna yang menggunakan untuk memaksudkan gelak ketawa berganda. Piktograf ini juga memaparkan seseorang yang bersujud, iaitu ibarat menyanjung sesuatu. orz tidak disebut seperti satu perkataan; sebaliknay huruf-hurufnya disebut eja. Orz tidak patut dikelirukan dengan m(_ _)m (minta maaf).

Rujukan

WikiPedia: Emotikon http://www.aim.com/emoticons.adp?aolp= http://www.anikaos.com/japanese_emoticons.html http://www.flickr.com/photos/jmania/sets/720575940... http://mail.google.com/support/bin/answer.py?answe... http://office.microsoft.com/en-us/help/HA011196081... http://office.microsoft.com/ja-jp/ime/HA1010300010... http://research.microsoft.com/~mbj/Smiley/Smiley.h... http://messenger.msn.com/Resource/Emoticons.aspx http://www.platopeople.com/emoticons.html http://messenger.yahoo.com/emoticons.php